Lithauz Advisory
Batch pertama · 3 slot sahaja

Dapat akses kepada CEO, CMO dan CFO untuk syarikat anda. Tanpa kos gaji C-level.

Ini bukan pakej lantik AI jadi CEO. Ini manusia sebenar, pengalaman sebenar, dan yang paling penting, skin in the game.

RM3,333 sebulan RM9,999 upfront untuk 3 bulan · kontrak minimum 3 bulan
Lihat cara ambil slot
Situasi

Sales dah ada. Tapi syarikat rasa berat nak bergerak.

Kebanyakan pemilik syarikat yang kami jumpa bukan kekurangan usaha. Mereka kekurangan tiga pasang mata yang boleh tengok syarikat dari luar, dan cakap perkara yang orang dalam tak berani cakap.

  • Sales dah ada, tapi anda nak grow lebih agresif
  • Bisnes dah besar, tapi pengurusan masih berserabut
  • Anda nak scale, tapi tak tahu nak mula dari mana
  • Marketing jalan, tapi tiada strategi yang tersusun
  • Cash flow dan kewangan perlu dikawal dengan lebih baik
  • Belum mampu, atau belum bersedia, untuk hire C-level secara full-time
Kenapa kami

Kami tidak belajar ini dari buku. Kami belajar dari syarikat kami sendiri.

Kami bertiga menjalankan Bookcafe. Bukan sebagai penasihat dari luar, tapi sebagai orang yang kena uruskan operasi, marketing dan kewangan syarikat itu setiap hari.

Kami tidak upah konsultan untuk syarikat kami sendiri. Kami bahagikan tanggungjawab. Hairul pegang hala tuju dan operasi. Shahrul pegang marketing dan jualan. Firdaus pegang nombor. Setiap minggu kami duduk semeja, buka nombor yang sama, dan buat keputusan bersama.

Susunan itulah yang kami bawa masuk ke dalam syarikat anda. Bukan teori. Bukan template. Cara kami sendiri bekerja, digunakan pada bisnes anda.

Trio C-Level

Tiga fungsi paling kritikal dalam satu meja.

Strategi. Marketing. Kewangan. Tiga sudut yang menentukan sama ada syarikat anda scale atau tersekat.

HF
Chief Executive Officer
Hairul Faizal
CEO Bookcafe

Hala tuju syarikat, struktur operasi, dan keputusan besar. Dia yang tanya soalan yang anda elak tanya pada diri sendiri.

SI
Chief Marketing Officer
Shahrul Ismail

Positioning, channel, dan mesin jualan. Dari cara produk anda dilihat pasaran sampai ke content dan funnel yang bawa masuk duit.

FS
Chief Finance Officer
Firdaus Salleh
CFO Bookcafe

Cash flow, margin, dan disiplin nombor. Supaya pertumbuhan anda bukan sekadar sales naik, tapi syarikat betul-betul untung.

Amankan slot syarikat anda

Batch pertama hanya 3 klien

Skop

Apa yang kami bantu

Weekly strategic meeting
Group support & direct discussion
Analisis kedudukan dan masalah bisnes
Perancangan strategi & hala tuju syarikat
Mengukuhkan asas & fundamental bisnes
Menambah channel & meningkatkan sales
Membina struktur operasi yang lebih baik
Membantu syarikat bersedia untuk scale
Cara ia berjalan

Tiga bulan. Bukan satu sesi motivasi.

  1. Bulan 1: Diagnosis

    Kami masuk, tengok nombor, tengok operasi, tengok marketing. Site visit dijalankan supaya kami faham bisnes anda dari dalam, bukan dari slide.

  2. Bulan 2: Struktur

    Hala tuju, struktur operasi dan strategi marketing disusun. Weekly meeting memastikan setiap keputusan ada tindakan susulan.

  3. Bulan 3: Momentum

    Fokus pada channel baru, jualan, dan kesediaan untuk scale. Anda keluar dari 3 bulan ini dengan sistem, bukan sekadar idea.

Pelaburan
RM9,999 / 3 bulan
Bersamaan RM3,333 sebulan untuk akses kepada tiga fungsi C-level.
Bayaran upfront. Kontrak minimum 3 bulan.

Jaminan kehadiran kami

12 sesi dalam tempoh 3 bulan. Kalau kami terlepas mana-mana sesi atas sebab pihak kami, sesi itu diganti tanpa kos tambahan. Kami tidak menjanjikan angka jualan anda, kerana itu di luar kawalan kami. Yang kami jamin ialah kami hadir dan kami bekerja.

Bandingkan dengan gaji seorang sahaja C-level full-time, sebelum EPF, bonus dan kos hire.

Kelayakan

Kami tidak buka kepada semua orang.

Sesuai untuk anda jika

  • Syarikat anda sudah ada sales dan pelanggan
  • Lokasi bisnes di Lembah Klang
  • Anda pemilik atau pembuat keputusan
  • Anda sanggup komited 3 bulan penuh
  • Anda terbuka untuk didengar dan ditegur

Belum sesuai jika

  • Bisnes masih di peringkat idea, belum ada sales
  • Anda cari jaminan hasil dalam masa sebulan
  • Anda nak orang buatkan kerja, bukan bimbing
  • Anda tidak boleh hadir weekly meeting

Untuk permulaan, kami hanya buka peluang ini kepada kenalan bisnes dan pemilik syarikat yang sudah mengenali kami serta mengetahui kredibiliti dan cara kerja kami. Bagi syarikat di luar Lembah Klang, sila hubungi kami untuk perbincangan.

Persoalan lazim

Sebelum anda buat keputusan

Ini AI advisor atau manusia sebenar?

Manusia sebenar. Tiga individu yang menjalankan syarikat sendiri, bukan sistem automasi.

Kenapa kontrak minimum 3 bulan?

Sebulan cukup untuk bagi pendapat. Tiga bulan baru cukup untuk ubah sesuatu di dalam syarikat dan lihat kesannya. Kami tidak mahu ambil bayaran untuk sesuatu yang tak sempat berakar.

Kenapa fokus Lembah Klang sahaja?

Supaya kami boleh buat site visit dan pertemuan berkala dengan mudah. Untuk luar Lembah Klang, hubungi kami dan kami bincang susunan yang sesuai.

Apa bezanya dengan konsultan biasa?

Konsultan hantar laporan. Kami duduk dalam bisnes anda setiap minggu, tiga fungsi sekaligus, dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang kami cadangkan.

Maklumat syarikat saya selamat?

Setiap perbincangan kekal sulit antara kami dan anda. Perjanjian sulit boleh ditandatangani sebelum sesi pertama sekiranya syarikat anda memerlukannya.

Apa jadi selepas saya bayar?

Kami akan hubungi anda dalam masa 24 jam bekerja untuk tetapkan sesi onboarding dan tarikh weekly meeting pertama.

Mungkin anda belum perlukan 3 orang C-level full-time.

Tapi anda perlukan kami. TRIO C-LEVEL.

Batch pertama hanya untuk 3 klien. Isi maklumat di bawah untuk amankan slot syarikat anda.

Lithauz Advisory · Bayaran RM9,999 adalah untuk tempoh 3 bulan penuh dan tidak dikembalikan selepas sesi onboarding bermula.