Hari ini takdir
buku pertama anda
bermula.
Panduan praktikal menulis buku pertama dalam 3 fasa, 26 bab. Disusun oleh Ajwad Shafie (ghostwriter, editor) dan Zamri Mohamad — 35 judul buku, 20 tahun di industri penulisan.
Buku ini ditulis
khas untuk penulis yang...
Anda bukan tak boleh tulis.
Anda cuma belum tahu caranya.
Ramai antara kita ada cerita yang patut diceritakan. Ada pengalaman bernilai. Ada ilmu yang sayang kalau dibawa ke kubur. Tetapi setiap kali duduk depan skrin kosong, fikiran pun jadi kosong. Tangan beku. Hari bertukar menjadi minggu. Minggu menjadi tahun.
Buku ini bukan mengajar anda menjadi penulis bestseller. Ia mengajar satu perkara — siapkan buku pertama. Kerana yang siap, walaupun belum sempurna, sentiasa lebih bernilai daripada yang tergantung selamanya dalam fikiran.
Sesuatu yang tidak wujud tidak boleh dibaiki. Sesuatu yang sudah ditulis pasti boleh ditambah baik. — Ajwad Shafie, dari buku
Tiga fasa.
Dua puluh enam bab.
Satu manuskrip siap.
Setiap bab membawa anda satu langkah hampir kepada draf terakhir. Bermula daripada mencari idea, merancang isi kandungan, menulis draf pertama, sehingga menyunting manuskrip sedia diterbitkan.
- 1.Kenapa anda mahu menulis buku? — Sebab sebenar di sebalik hasrat anda
- 2.Perangkap awal penulis baru — Tujuh lubang yang ramai terjatuh
- 3.Memilih idea dan topik yang sesuai untuk anda
- 4.Mengenali pembaca sasaran sebelum menulis
- 5.Pemilihan tajuk buku yang buat orang berhenti
- 6.Mengurus idea dengan proses brainstorming
- 7.Membina rangka isi kandungan — outline yang mantap
- 8.Melakukan kajian untuk menulis buku
- 9.Menetapkan sasaran menulis 30 hari yang hampir mustahil gagal
- 10.Strategi menulis 30 hari yang sebenar berkesan
- 11.Free writing — menulis laju tanpa menghukum diri
- 12.Menulis draf pertama hingga siap — anda hanya perlu siap, bukan sempurna
- 13.Membina tabiat menulis setiap hari — tabiat mikro
- 14.Voice writing — teknik menulis paling cepat
- 15.Pengurusan masa — menulis walaupun hidup sibuk
- 16.Melawan writer's block — 6 cara keluar dalam 10 minit
- 17.Sokongan menulis — anda tak perlu menulis seorang diri
- 18.Sentuhan akhir manuskrip — buku yang nampak mahal dan profesional
- 19.Berkawan dengan deadline — kawan yang menolong, bukan musuh
- 20.Suntingan kendiri manuskrip — tanpa stress, memudahkan editor
- 21.Maklum balas pembaca awal — respons tanpa melukakan hati
- 22.Memilih kaedah penerbitan terbaik
- 23.Pengedaran, pemasaran & jualan buku pertama
- 24.Memasarkan buku agar terjual — "wajib beli" pada mata pembaca
- 25.Strategi promosi awal sebelum terbit — cipta pembaca sebelum buku wujud
- 26.Kaedah menjual buku tanpa malu, tanpa terlalu mendesak
- i.Jika tidak mampu siap dalam 30 hari, berapa lama tempoh diperlukan?
- ii.Senarai semak lengkap proses menulis buku
- iii.Senarai tools dan aplikasi berguna untuk penulis
- iv.Adakah berbaloi menulis sendiri atau dapatkan bantuan?
- v.Kembangkan kerjaya sebagai penulis profesional
Empat suara.
Satu pengakuan yang sama.
Testimoni daripada pembaca awal yang dicetak di dalam buku — bukan diada-adakan.
tentang refleksi & pemikiran
Sedang menulis "Yang Pergi Dalam Sunyi"
Dua suara.
Satu peta jalan.
Soalan yang anda mungkin tertanya.
Pesan sekarang.
Mulakan hari ini.
Pre-order RM35 sehingga 30 Jun. Selepas itu kembali RM40. Termasuk kelas eksklusif bersama penulis.
ISBN 978-629-95434-9-7 · © 2026